08 Ogos 2006

selamat kembali..

"well, everybody..WELCOME BACK!!" saya mengumumkan ketibaan saya di yangusil. lewat 5 minit daripada yang sepatutnya, nampaknya rekod saya merah lagi..

wajah-wajah yang menghilang sebulan lamanya telah mula kelihatan. "so, how are you?" tanya Nagi. dari Yaman. "fine, thank you..as you can see, i'm still in one piece with no slight damage at all.." jawab saya. tersengih. dia hanya ketawa.

rakan dari China, Yu Zheng, menghadiahkan saya 3 helai skaf sutera China. cantik! sempat juga dia mengusik, dia mencari-cari peluang untuk membuka perniagaan tudung di tanah air kerana dia yakin mempunyai seorang pembeli setia: saya. rasanya, mereka ini seronok memerhatikan koleksi tudung yang saya pakai setiap hari. dan koleksi terbaru sebanyak 3 helai itu, ah, sungguh mempesonakan menambah timbunan sedia ada. bahagianya jika rakan-rakan bukan seagama yang berbeza negara memahami tuntutan agama kita.

masing-masing telah mula sibuk kembali. jadual kelas-kelas bahasa juga telah ditetapkan. harapnya, riak-riak gembira dan tenang setelah bercuti itu berkekalan untuk jangka masa yang lama. sebelum dipudarkan dengan kemurungan dan kerisauan. harap-harap..