31 Ogos 2006

dan merdekakah kita?

saya bercuti hari ini. kebiasaan sehari sebelum semester baru bermula, kami diberikan cuti. cadang-cadang mahu ke Carrefour membeli barang-barang keperluan. tekak teringin merasa tomyam.. ;)

hari ini hari kemerdekaan di tanah air. saya mahu tonton di t.v online..mahu lihat meriahnya sambutan merdeka. dan saya perlu tunggu sedikit masa lagi kerana perbezaan masa di sini dan tanah air. mahu melihat semangat itu.

saya terfikir. di bumi asing ini, mampukah saya berdiri dengan bangga sebagai seorang anak Malaysia? mampukah saya menepis semua kata-kata tidak manis tentang negara dan agama? paling penting, mampukah saya berusaha kuat mencapai tahap paling tinggi dalam apa yang dibuat? adakah saya dengan mudahnya berpaling atau berputus asa dalam perjuangan? masihkah saya dengan sikap bermalas-malasan dan menjadi cemikan bangsa lain? tidak mahukah keluar dari zon selesa dan membuka diri kepada dunia sebenar?

kerana kita sudah lama merdeka..sungguh, tunjukkanlah jatidiri kita. walau di mana kita berada. saya mahu berpegang kepada semangat itu. dan saya berdoa, moga-moga saya merdeka. dari semua perkara yang melalaikan. mana-mana yang tidak baik. semuanyalah.

selamat menyambut hari kemerdekaan.