18 Disember 2006
yang sebenarnya.
saya main perang salji dengan rakan-rakan. maklumlah, pengalaman pertama. 'darat' sekejap. seronok melihat wajah masing-masing bertompok salji. dan badan saya habis juga bermandi salji. kerana saya yang memulakan. maka semuanya membalas bertubi-tubi serentak. oh, saya tidak mengalah. makin besar bebola salji yang saya lontarkan. habis basah baju bila salji mencair. puas sungguh rasanya. barulah tenang untuk kembali menyiapkan kerja yang belum sudah.
saya tergelincir 2 kali pagi ini. sengalnya terduduk di atas jalan raya masih terasa. Bukan saya saja, yang lain juga sama. saya sorok tawa saya. rasa malu hilang. kalaulah yang biasa bersalji-saljian pun boleh tergelincir jatuh, apatah lagi saya yang pertama kali ini bukan? ;)
17 Disember 2006
seputih bumi yang menghampar.
sebelum ini, hanya suhu sejuk menjadi petanda musim. padahal matahari sangat terang benderang. sudahnya musim salji yang sebenar telahpun bermula. sebagaimana yang saya pernah katakan, perasaan jadi sangat tenang.. pure, kata orang putih.. salji yang mencair juga akan membuatkan jalan-jalan menjadi licin. saya pernah tergelincir ketika salji turun renyai-renyai dahulu. rupanya kasut but tidak cukup melindungi. saya patut pinjam kasut orang Eskimo di Kutub Utara nun. barulah selamat, kan.
oh ya. jangan ingat adanya salji, saya boleh bersukaria. sehingga rabu ini, saya tidak akan dapat hidup dalam keadaan aman. cumanya, saya agak tenang sekarang. dek putihnya salji yang tebal menghampar menutupi bumi.. sungguh suci dan murni.
13 Disember 2006
taksub.
saya sangat tamak. kalau boleh, semua sumber artikel dan jurnal penting saya mahu muatturun. sehinggalah satu hari, profesor German kacak bergaya mengenyit mata biru kehijauannya dengan penuh makna mengingatkan, saya tidak mungkin punya cukup masa untuk segala-galanya. lagipun saya cuma ada 2 tahun, dan setahun sudah berlalu. yang penting, katanya, saya tahu hala tujunya dan perlu fokus untuk itu. sambil mengangkat kening ala ziana zain, saya merungut perlahan.. apa yang dia mahu saya buat pun memerlukan saya membaca berbagai-bagai topik yang berbeza. kalau tidak, hai.. saya tidak akan dapat mengeluarkan idea sendiri. saya cemburukan dia. idea-ideanya sentiasa segar dan tersendiri. paling menarik, dia sangat merendah diri dan riang-ria orangnya. paling tidak seronok, bersempena cuti ini, dia mahu saya membuat kajian dan menyiapkan paling kurang 2 jurnal. apa? "holiday is holiday, sir," gumam saya. dia hanya senyum dan saya tahu bukan mudah untuk mengubah pemikirannya. rasa saya, dia cemburukan kami dapat bersenang-lenang tetapi dia perlu pulang ke negaranya untuk mengajar.
apapun, saya tidak peduli. saya mahu pulang. berehat-rehat. makan sepuas hati. melupakan semua tekanan dan hambatan yang ada. dan saya perlu siapkan dahulu semua tugasan ini. aih~..
30 November 2006
eh, eh?
perasaannya sungguh berbeza. bumi suci bersih dilitupi salji memutih. menyejukkan hati saya yang mudah membahang dan membara.
kepada rakan-rakan yang pandang enteng pengajian saya di sini, diucapkan terima kasih.. atas kata-kata yang takkan membawa saya atau kamu, ke mana-mana. alangkah bagusnya.. kalau pemikiran kritis kamu itu disalur kepada penulisan ilmiah kamu. rakan-rakan saya di universiti lain di sini turut sama mengambil bidang teknikal dan sukar. menariknya, mereka sudah ada berbelas-belas jurnal ilmiah dalam tempoh 2-3 tahun pengajian. dihasilkan bukan takat salin-dan-tampal. bangga.. mereka seagama. biarpun berbeza negara. rasa malu juga.. saya masih terkial-kial. buat inspirasi untuk saya. kerana saya sudah ketemu hala tuju di sini. tidak mengapalah walaupun tidaklah sesusah kamu. saya bukanlah seorang bijak pandai dibandingkan kamu..
alangkah mudahnya manusia berkata-kata.
saya bersyukur saya di sini. itu bukan tiket untuk mendabik dada kepada kamu. kerana saya sedar, beratnya tanggungjawab saya di sini. kalaulah saya buat setakat salin-dan-tampal, saya hanya akan menguatkan lagi tanggapan sesetengah pihak bahawa orang Islam ini pemalas dan tidak mahu berfikir. bukan. bukan saya kata kamu malas berfikir. saya hanya memberi pandangan dari sudut kedudukan saya di sini. tidak lebih dari itu.
lagipun, siapalah kamu untuk menilai saya.. kerana kamu juga manusia biasa. bukankah? ;)
27 November 2006
hangat musim salji.
"this rain indicates snow might come by next week," kata Roy. sahabat daripada Filipina. diam sejenak. "..and can i run away to Malaysia by that time? but we still didn't finish everything yet!" saya berpura-pura sedih. sahabat penuh ceria itu hanya tertawa.
wajah semua orang kelihatan memutih sejak suhu semakin menurun. tidak perlu pakai krim pencerah kulit, saya berjenaka dengan diri sendiri.
ada seperkara lagi yang saya sedar.. ada sebahagian manusia di sini gemar sungguh mengintai monitor PC saya. kemudian, berbisik-bisik bertanya sesama sendiri apakah yang sedang saya buat. oh, ingat saya tidak fahamkah apa yang kalian perkatakan? tidaklah saya dapat memahami sepenuhnya. tapi boleh menangkap sedikit sebanyak.. saya? senyum sendiri sajalah. cumanya, saya berharap benar..supaya semua orang di sini membuka mata dan minda.. bahawa sungguh banyak perkara yang boleh dipelajari dalam dunia ini.. internet kan ada..
asam garam yang menjadikan hari-hari berlalu semakin menarik. dan menghangatkan musim dingin yang semakin mencengkam ;)
p/s: saya akan ambil kira cadangan untuk membuat abc daripada salji.. yang bersih sahaja ok? nun di atas puncak Kwanaksan.. kalaulah saya sempat ya? kerana saya pun sudah tidak sabar hendak pulang bermandikan hujan monsun timur bulan depan! yeabedabeduuuuuuuu..
21 November 2006
sejuk. lapar. dan masa pun berlalu..
tetapi siapakah yang dapat memahami? muka perit menahan sejuk. maklumlah. saya ini orang kampung. tak biasa.. kulit menjadi kemerah-merahan dan kering. lagi, perut saya asyik kelaparan.. otak bukannya ligat memikirkan tugasan-tugasan, tetapi ligat memikirkan bila saya patut melihat ke arah beg yang di dalamnya, ya, set makanan tengahari saya. hari ini, spegeti rebus ala utara saya menggamit-gamit seawal jam 8 pagi. melambai-lambai penuh mesra..
sambil melontar pandangan keluar tingkap ketika menunggu makanan hangat dalam oven microwave, saya mula tersedar. Kwanaksan sudah bertukar warna. dari kehijauan menjadi kekuningan. sedikit masa lagi, pasti akan mula diselimuti salji. begitu cepat masa berlalu. dan sampai bila kesibukan ini akan membuatkan saya tidak sedar kehidupan di sini hanya tinggal beberapa bulan saja lagi? dan sampai bila saya akan berhenti sejenak, dan menikmati segala-galanya di sini?
28 Oktober 2006
genius?
saya bawa bersama bakul pasar ketika menghadiri ujian pertengahan semester tadi. mudah. bolehlah bergegas membeli-belah sehabis ujian. buat seketika, ia menjadi bahan jenaka rakan-rakan. "why? do i loooook like an ajuma??" saya agak defensif. Avaz, sambil menahan ketawa, mengangguk. tak sudah-sudah mencari peluang mengusik. penghibur kala gundah gelana. Liu, rakan dari China, dengan keletah keanak-anakannya hanya mentertawakan saya dari jauh. saya membalas dengan senyuman jahat: "jaga kau nanti.."
ujian itu, saya jawab penuh berhempas-pulas. bayangkan, pada usia yang sebegini, masa 3 jam bagaikan tidak cukup untuk menjawab 4 buah soalan. betapa sukarnya 'memetik suis' mencari ingatan pada semua yang dibaca selama ini. mungkin untuk peringkat PhD, saya tidak mahu menunggu lama. sebelum terlalu lanjut usia, saya mesti kejar juga. kalau tidak, agaknya 4 soalan saya perlukan 9 jam...
saya rasa saya telah mencipta formula saya sendiri. agak-agak, saya boleh menang Hadiah Nobel tak? hmmmm..
25 Oktober 2006
ya, selamatkan saya..
it's not so easy loving me.. it gets so complicated.. all the things you've gotta be..everything's changin'.. but you're the truth.. i'm amazed by all your patience.. everything i put you through..
when i'm about to fall.. somehow you're always waitin'.. with your open arms to catch me.. you're gonna save me from myself..from myself, yes.. you're gonna save me from myself..
my love is tainted by your touch.. cuz some guys have shown me aces.. but you've got that royal flush.. i know it's crazy everyday.. well tomorrow may be shaky but you never turn away..
don't ask me why i'm cryin'.. cuz when i start to crumble.. you know how to keep me smilin'.. you always save me from myself.. from myself, myself.. you're gonna save me from myself..
i know it's hard, it's hard.. but you've broken all my walls.. you've been my strength, so strong.. and don't ask me why i love you.. it's obvious your tenderness.. is what i need to make me.. a better woman to myself.. to myself, myself.. you're gonna save me from myself..
23 Oktober 2006
melankolik [i]
selamat hari raya Mak, Abah, Abang & Adik-adik.. buat dia sekeluarga juga.. saya menyusun sepuluh jari. memohon maaf atas semua salah silap. semoga AidilFitri ini, AidilFitri yang membahagiakan untuk semua..oh ya, untuk kawan-kawan sepermainan seperjuangan juga.. saya tidak pernah melupakan kalian. Minal Aidil Wal Fa Izin.
sayang selalu..
dari orang jauh.
17 Oktober 2006
mak ngah..
saya sudah menjadi makcik! mak ngah.. mmmm, sedap juga bunyinya. kan?
08 Oktober 2006
.. (ii)
07 Oktober 2006
dagang hamba musafir lalu..
semalam, saya makan spageti. berkuahkan gulai ayam. baki gulai hari sebelumnya yang saya masak untuk dimakan dengan roti jala. tidak pernah dibuat orang. spageti berkuahkan gulai ayam. tetapi saya tetap memaksa diri untuk makan. hari ini, selera saya datang kembali. saya masak mee rebus utara. mee tiada. saya gantikan dengan spageti.
saya pujuk hati. terimalah keadaan seadanya..
04 Oktober 2006
sihat.
"hey, you cook? how come you're still thin?" tukas Flavio. "well, focus on your study. eat a lot. and let your hormone do the rest for you.." balas saya bersahaja.
"nowadays, you look happier. enough food?" gurau Long sambil tersenyum. saya balas sambil mengenyitkan mata, "it's easy to be happy when you can eat whatever you want.."
sesetengah orang memang bertuah kerana masih mampu mengekalkan berat badan yang seimbang walaupun makan dengan banyaknya. semenjak kembali ke sekolah dan memegang status pelajar, kadar metabolisme saya meningkat semula. badan tetap begitu-begitu adanya biarpun masih makan dengan kadar sesuka hati. saya masih belum dapat mengembalikan kilo-kilo yang hilang. tapi saya tetap gembira kerana berat masih di tahap normal.
ada masanya, saya ingin sahaja memberitahu. bukanlah sebab diet, bebas membeli-belah, mempunyai kenalan yang ramai atau mempunyai wang yang cukup; mampu menggembirakan hati. ketenangan, berserah kepadaNya, redha dan fokus pada tujuan datang ke mari menjadi antara pokok prinsip hidup di bumi orang. kalau kita faham apa tujuan hidup kita, secara automatik keyakinan diri akan wujud. dan terpancar pada peribadi. tidak perlu menipu diri sendiri semata-mata untuk menggembirakan orang yang pada akhirnya, memang tidak akan membawa manfaat. selalunya kata-kata itu hanya tersekat di anak tekak..dan berlegar-legar dalam kepala. kerana saya sangat pasti, mereka tidak akan memahami.
apapun, saya bersyukur. kerana masih sihat. jiwa dan raga. Alhamdulillah. dan iya. saya akui: saya seronok melihat mata-mata mereka yang berbagai warna itu, hijau dengan perasaan cemburu. sangat-sangat seronok, sebenarnya. sepertimana hijaunya mata-mata sesetengah manusia apabila mendengarkan khabar tawaran saya dapat ke mari, dulu. ha. ha. ha.
02 Oktober 2006
asap.
rutin pagi, seperti biasa: berjalan ke perhentian bas. sayup-sayup terdengar bunyi bising lori penyembur ubat nyamuk. saya angkat muka. dari jauh nampak asap berkepul-kepul. memenuhi jalan yang bakal dilalui. mata saya membulat. oh tidak...
dan sekelip mata lori itu menderu, melepasi saya. asap tebal menyelubungi, buat saya terbatuk-batuk. sudahnya.. sepanjang pagi, sehinggalah sekarang. bau Salvatore Ferragamo entah ke mana. berganti bau ubat nyamuk. uh, shiro.. shiro!
25 September 2006
manusia pencemburu.
kuih pelita. ais cendol. air tebu. murtabak daging. ayam percik. dan sate minang. paling saya rindu, suasana pasar Ramadhan. kenikmatan membeli-belah makanan. tiada rasa ragu.
selamat berpuasa semua. saya cemburu dengan kamu semua. sungguh.
19 September 2006
fikir dahulu. ya?
ada masanya KL sangat kotor. hairannya, tong sampah merata-rata disediakan. mana silapnya sikap orang kita. sini, saya rasa sangat susah untuk mencari tong sampah awam. kalau-kalau saya mahu membuang tin atau kotak minuman yang kosong, letih rasanya nak mencari tong sampah. betul, masih ada juga yang membuang sampah merata-rata. tetapi, mereka punya cukup wang untuk menggaji pekerja membersih. paling penting, mereka tanam sikap 'belonging' dalam hati mereka. maka, sebab itu kesedaran menjadi tinggi.
saya kira, orang kita patut berkesedaran lebih tinggi. agama kita sendiri sukakan kecantikan dan kebersihan, bukan?
dan tempat kerja lama dahulu. kalaulah orang-orang di situ sendiri tiada kesedaran, bagaimana kamu mahu mendidik rakyat yang berjuta-juta itu? kamu masih mahu mereka fikir dahulu? ya?
13 September 2006
dap dap ha-da
akhir-akhir ini, saya selalu tersasul bercakap dalam bahasa melayu ketika bersembang dengan kawan-kawan. ketika merungut mengadap buku-buku yang bertaburan di atas meja juga. ketika kepala pusing tiada idea memulakan tugasan. semalam, secara spontan saya bercakap "apa ni, sir..bukan macam tu!" ketika mengadap profesor jerman kacak bergaya. hmm, pedulikanlah. merekapun selalu tersasul. tapi saya tetap mengangguk-angguk. buat-buat faham sahajalah. :D
hanguk-mal saya juga semakin baik. tidaklah lancar mana. masih tergapai-gapai ketika disoal jiran. bulan depan, gilliran saya buat ucapan umum dalam mesyuarat program. dalam hangkuk-mal. pusing jadinya. kelmarin, Yu Zheng mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja menghabiskan ucapan umumnya. juga dalam hangkuk-mal. entah apa pula nasib pengucap pada minggu depan..
aihhhh...dap dap ha-da!
03 September 2006
barang yang lepas jangan dikenang.
tidak terkira jumlah fail hilang. fail kerja terdahulu. selama 5 tahun saya menyimpan semuanya. lagu-lagu. games. perisian-perisian kesayangan. semuanyalah. tetapi, saya masih bersyukur. partition yang menyimpan gambar-gambar kenangan masih selamat daripada 'kegatalan' jari menekan-nekan papan kekunci. phew..
entah kenapa, saya tidak merasa ralat sedikitpun. rasa lega amat. mengatasi rasa sedih. seperti satu beban terangkat dari bahu. mungkin kenangan-kenangan di pejabat lama itu menjadi beban senyap tanpa disedari. manakan tidak, kerja pertama. pejabat pertama. tempat yang mengajar banyak perkara. yang banyak membantu mematangkan saya. mungkin, selagi semua fail itu masih berada di dalam simpanan, selagi itulah saya 'terikat' dengan "kesah-kesah jaman dahulu". kan saya sudah jauh mengorak langkah, meninggalkan segalanya di situ. sayapun sudah mengucapkan selamat tinggal. lamaaaa dahulu.
barangkali ini 'merdeka' saya yang sebenarnya.
01 September 2006
baru
seronoknya, mulai semester baru ini, kami tidak perlu hadir ke yangusil pada hari sabtu. kata para kyosu: hujung-hujung minggu itu, pergilah.. pergilah berjalan-jalan serata Korea. jelajahlah setiap ceruk yang ada. kelak bawa pulang kisah indah-indah dari sini. eh, ini kata-kata saya ;)
bezanya, pada hari-hari isnin sehingga jumaat, sama seperti waktu pejabat. maka saya memilih slot seawal 7 pagi. bolehlah pulang setelah pukul 4 petang. nampaknya, hidup saya ini tidak pernah lari daripada suasana waktu pejabat. walaupun tidak perlu berpakaian formal. tak kisahlah. peraturan ini sesuai untuk 'morning person' seperti saya.
awal-awal pagi begini, jalanraya tidak sibuk. bas tidak berapa penuh. dan seperti biasa, saya orang pertama tiba di yangusil. dahulu, antara orang terawal tiba di pejabat. dahulu, tidak boleh pulang sehabis waktu. kini, ya, saya akan bergegas sebaik jam menunjuk 4! hmm...seronoknya..
31 Ogos 2006
dan merdekakah kita?
hari ini hari kemerdekaan di tanah air. saya mahu tonton di t.v online..mahu lihat meriahnya sambutan merdeka. dan saya perlu tunggu sedikit masa lagi kerana perbezaan masa di sini dan tanah air. mahu melihat semangat itu.
saya terfikir. di bumi asing ini, mampukah saya berdiri dengan bangga sebagai seorang anak Malaysia? mampukah saya menepis semua kata-kata tidak manis tentang negara dan agama? paling penting, mampukah saya berusaha kuat mencapai tahap paling tinggi dalam apa yang dibuat? adakah saya dengan mudahnya berpaling atau berputus asa dalam perjuangan? masihkah saya dengan sikap bermalas-malasan dan menjadi cemikan bangsa lain? tidak mahukah keluar dari zon selesa dan membuka diri kepada dunia sebenar?
kerana kita sudah lama merdeka..sungguh, tunjukkanlah jatidiri kita. walau di mana kita berada. saya mahu berpegang kepada semangat itu. dan saya berdoa, moga-moga saya merdeka. dari semua perkara yang melalaikan. mana-mana yang tidak baik. semuanyalah.
selamat menyambut hari kemerdekaan.
23 Ogos 2006
:. jalan-jalan Busan .:
kami akan ke Kyung Sung Tae Hakyu, Busan mulai esok. 3 hari. ada Festival IT Pelajar Antarabangsa. apa-apalah. yang penting, makan angin dan berehat-rehat. ada persembahan budaya. ada persidangan. ada agenda jalan-jalan DongPaekSong (동백성) and HaeUnDae(해운대). harapnya, jadilah. kerana sebelum ini, selalu sahaja agenda melawat-lawat pada hari terakhir terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. takpun, angin kencang dan ribut debu kuning China.
"don't forget to bring your swimsuit," mereka mengusik saya. dan saya? "uh uh. i don't think so. i am too bodilicious for your eyes. what a shame..".
mereka tersengih. dan saya menyeringai.
21 Ogos 2006
manis 19. selalu.
"akak, akak ambik spm bila ya?" tanya Yatt.
"oh? tahun 19XX," jawab saya.
"ooo, saya darjah 5 masa tu.." balas dia. Min menyampuk, "saya darjah 3!"
uh? lalu saya tersedar. jauh jarak umur kami. bergaul dengan mereka, membuatkan saya tidak terasa usia makin meningkat.
dan saya hanyut dalam ruang diri. sambil memerhati Bakti dan Junid menguli roti canai. saya terlupa. sudah tua rupanya.
ha ha ha.
19 Ogos 2006
hanya satu klik.
"Waalaikumsalam..alhamdulillah, semua sihat. orang jauh apa cerita?"
"sihat..tak berapa lalu sangat nak makan 3-4 hari ni.." saya mengadu. sengaja hendak bermanja.
"tak ada selera? buatlah bubur..makan sikit pun jadilah.." dan cerita kami berpanjangan. sesekali terdengar Abah di belakang melaung: "uih, lamanyaaa..dah 45 minit, mahal tak bil tu?"
Abah cemburu ya? dan saya akan berbual pula dengannya selama yang mungkin sehingga dia kehabisan idea untuk melayan. :)
sejak boleh menelefon keluarga melalui internet, begitulah. pantang ada kesempatan, tangan mencapai tetikus dan saya klik nombornya. berbual lama-lama. sehingga puas. tidak mahal. umpama menelefon dari dalam tanah air juga, kosnya. sebelum ini, saya berbelanja besar juga untuk menelefon. kini tidak lagi.
selalu-selalulah begitu. tanpa ibu bapa dan keluarga, siapalah kita. orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang. telefonlah.. bertanya khabar. hilangkan kerinduan mereka. kerinduan kita juga.
hanya satu klik.
18 Ogos 2006
pusing.
kepala pusing! tak bertenaga rasanya mendengar semua pembentangan dalam seminar ini. penuh dengan perkataan yang mampu membuatkan mata saya terkeluar dari paksi. dan bergolek ke kaki para pembentang. telinga saya pun terasa tercabut dek disumbat dengan terlalu banyak istilah yang 'terlalu tinggi tahapnya', tidak tercapai jangkauan pemikiran saya. aduh..
saya berkenalan dengan ramai ahli akademik daripada tanah air, Iran, Pakistan, India, Indonesia, dan ramai lagi.. dah tak berdaya nak mengingat.. bingung ah.. profesor Sweden saya sangat baik hati. dibawanya saya berjumpa seorang pensyarah berbangsa Sudan, kini mengajar di tanah air. pensyarah itu berjanji akan membantu sedapat tidak untuk kajian saya nanti. alangkah beruntungnya!
malam ini saya mahu berehat. letihnya..
16 Ogos 2006
화이팅!
esok dan lusa saya akan menghadiri persidangan yang akan dianjurkan oleh tempat saya mengaji. mengambil peluang mendengar kertas-kertas kerja dibentangkan oleh pakar-pakar serata dunia. maklumlah, saya bukanlah pandai sangat. maka wajiblah saya belajar banyak-banyak. lebih daripada yang lain.
saya mengaji, berbeza daripada apa yang saya pelajari dan lakukan sebelum ini. masih dalam bidang yang sama, namun diperluaskan kepada polisi, peningkatan teknologi dan pembangunan ekonomi melalui ICT. baca tajuk nampak mudah. peritnya? yang melalui lebih tahu. rakan saya yang bakal melanjutkan Ph.D ke Glasgow September ini, Atikah namanya, memberi semangat. dahulu, dia juga mengaji sarjana dual mode. sama seperti saya sekarang. terima kasih, Atikah.
walau di mana jua kita mengaji, kemahuan dan semangat sangat penting. pokok pangkal, pada diri sendiri. kamu ambil mudah, kamu juga yang rugi. itu perkara pertama saya pelajari di sini.
hujan emas ini banyak mengajar.
15 Ogos 2006
11 Ogos 2006
.:. ubiquitous I .:.
katakanlah untuk lingkungan perjalanan yang tertentu, saya menaiki subway dan kemudian turun menyambung perjalanan dengan bas, tambang basnya percuma! asalkan saya menyentuh kad di skrin setiap kali naik dan turun dalam tempoh 30 minit. jika jaraknya terlebih daripada yang ditetapkan, tambahan kurang dari 200
kad-kad ini datangnya bukan sahaja dalam bentuk empat segi yang biasa itu. ada dalam bentuk aksesori key-chain: bulat.. empat segi 2x5sm.. ada dalam bentuk cip. dipasang dalam telefon bimbit dan jam tangan! senarainya berpanjangan: bentuk USB, kad kredit, kad remaja/kanak-kanak. dan boleh ditempah mengikut rekabentuk yang disukai.
sistematik, unik dan bergaya. tidak hairanlah penggunaan kad ini sangat mendapat sambutan.
kad yang rosak boleh ditukar tanpa caj. cuma isi borang. nilai boleh ditambah di mana-mana. internet. kedai 24 jam. stesen-stesen subway: di kaunter atau mesin-mesin yang tak terkira banyaknya. pun boleh dibuat gerai-gerai kecil, merata-rata. perkhidmatan tambah nilai tidak pernah tergendala ;)
nah, ini antara langkah mereka untuk menjadi menyahut seruan kerajaan supaya menjadi masyarakat 'ubiquitous'. slogan yang dilaungkan sejak kebelakangan ini diterjemahkan menjadi realiti secara menyeluruh. dan bermula dengan perkara paling asas dengan harga yang berpatutan. gabungan antara teknologi dengan gaya hidup. memungkinkan penyerapan budaya ICT menjadi lebih pantas dan berkesan. kita bila lagi ya?
10 Ogos 2006
hari yang menggembirakan.
pertama, ia hari pentauliahan ijazah kedoktoran bagi rakan kami dari Sri Lanka, Muditha Liyanagedara. dia akan pulang ke negaranya isnin depan. membawa pulang gelaran Dr. Muditha. pelajar pertama yang ditauliahkan oleh Program ITP Seoul Tae Hakgyu. dia yang berjaya melepasi semua halangan dan cabaran. menamatkan tempoh pengajian dalam tempoh ditetapkan. dengan kerja kuat dan usaha gigih walaupun ada masalah kesihatan. penasihatnya merupakan profesor paling 'killer' dalam fakulti kami. rakan-rakan yang seangkatan dengan dia masih belum dapat menamatkan pengajian. hanya dia. dia.
membuat azam saya menjadi semakin kuat. semangat saya semakin berkobar-kobar. saya berikan kad ucapan tahniah untuk dia. tertulis: "i wish i were in your shoes.."
kedua, hari ini hari ulangtahun ke-17 satu-satunya adik perempuan saya. saya doakan dia sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNya. semoga dia berjaya dalam hidupnya. kalaulah boleh, biarlah apa yang dia akan dapat, melebihi apa yang saya dapat. semoga apa yang dia mahu contohi daripada saya, dialah yang terbaik. Amin.
p/s: saya mahu profesor 'killer' itu juga menjadi penasihat saya..
09 Ogos 2006
debunga yang berguguran..
saya sedar, sepanjang musim bunga lepas, banyak debunga pokok berterbangan (adakalanya kelihatan seperti jerebu ringan). bunga-bunga bertaburan di atas jalan bak hamparan permaidani mengering turut menghasilkan debuan halus. saya sedar juga, mata agak gatal-gatal ketika itu. tidak disangka pula berterusan sehingga sekarang. ingatkan gatal-gatal ini disebabkan cuaca kering.
sambil menitikkan ubat mata yang dibekalkan, saya terfikir juga. indah musim bunga, rupanya mampu memberi kesan kesihatan terhadap deria penglihatan saya yang semakin rabun ini. nampaknya untuk musim akan datang, saya perlu lebih berhati-hati. pakai goggle, mungkin? siapalah yang tak sayangkan mata, kan?
08 Ogos 2006
selamat kembali..
wajah-wajah yang menghilang sebulan lamanya telah mula kelihatan. "so, how are you?" tanya Nagi. dari Yaman. "fine, thank you..as you can see, i'm still in one piece with no slight damage at all.." jawab saya. tersengih. dia hanya ketawa.
rakan dari China, Yu Zheng, menghadiahkan saya 3 helai skaf sutera China. cantik! sempat juga dia mengusik, dia mencari-cari peluang untuk membuka perniagaan tudung di tanah air kerana dia yakin mempunyai seorang pembeli setia: saya. rasanya, mereka ini seronok memerhatikan koleksi tudung yang saya pakai setiap hari. dan koleksi terbaru sebanyak 3 helai itu, ah, sungguh mempesonakan menambah timbunan sedia ada. bahagianya jika rakan-rakan bukan seagama yang berbeza negara memahami tuntutan agama kita.
masing-masing telah mula sibuk kembali. jadual kelas-kelas bahasa juga telah ditetapkan. harapnya, riak-riak gembira dan tenang setelah bercuti itu berkekalan untuk jangka masa yang lama. sebelum dipudarkan dengan kemurungan dan kerisauan. harap-harap..
06 Ogos 2006
entri ini dipadam pada 9 Ogos 2006.
..tarik nafas panjang-panjang..
dan lepas.
02 Ogos 2006
zroooommmm....
jarang kenderaan import dapat dilihat kelibatnya. kalau bukan Hyundai, pasti kenderaan keluaran Kia. atau Daewoo.
motokar-motokar yang menjalar. rekabentuk mewah dan mengasyikkan.. serta ekzos yang tidak mengeluarkan asap tebal. yang menyesakkan nafas lagi hitam mengaburkan pandangan. termasuklah bas-bas awam. hanya berasap ketika musim sejuk atau awal musim bunga kerana udara panas berlawan dengan udara sejuk. kualiti udara dan alam sekitar sangat dijaga dan dikawal.
saya kira, kerana itulah saya kelihatan sihat. oksigen yang disedut tidak bercampur dengan toksik. mengingatkan pada segarnya udara di kampung halaman, walaupun tinggal di tengah-tengah kota metropolitan..
nota kaki:
Hyundai bukan setakat pembuat kenderaan, malah ada stesen minyak, bank, perumahan..dan senarainya berpanjangan. Hyundai Sonata ialah kenderaan rasmi untuk teksi. iya, teksi. saya pernah menaiki teksi yang dilengkapi sistem GPS. untungnya, pemandu teksi itu pandai Yongo. dalam menuju destinasi, kami dengan riangnya berbual-bual. seronok mendengar cerita pekerja syarikat IT memandu teksi secara sambilan itu. selalu juga di tanah air dahulu, saya ketemu pemandu-pemandu teksi yang bercerita perihal banyak perkara. memberi pengalaman hidup yang tiada tara nilainya..
01 Ogos 2006
1,2, 3. mula!
maka, sementara menunggu kedatangan hari-hari yang menyibukkan, saya asyik memuatturun semua artikel-artikel ilmiah yang boleh dicapai dengan tiket seorang petapa di Kwanaksasan ini. percuma. jika tidak, beratus-ratus USD (atau beratus-ratus ribu won) perlu dibelanjakan untuk melanggan dan mencapai sumber rujukan penting. uh, banyak sangat! dan saya pun telah mula berkira-kira masa untuk bertapa dengan semua bahan dan artikel-artikel ini. cemas. saya perlukan 30 jam sehari! jika tidak, saya tidak dapat menyerap semua ilmu ini.. ah, janganlah ada makhluk asing datang menculik dan 'membasuh' otak saya.. sini kawasan tinggi.. kalau mereka hendak mendarat, adakah san ini adalah sasaran terbaik? saya tidak akan hidup seribu tahun untuk sanggup mengulang kembali membaca semuanya! saya pun mahu belajar perkara lain juga. penat tahu..
akulah penyair yang turun dari gunung..beratus tahun telah kududuk di situ..beratus-ratus taaaaahun..
30 Julai 2006
cantik. dan praktikal.
saya melihat senario ini sebagai usaha Korea meningkatkan ekonomi di dalam negara sendiri. pengajaran daripada zaman kemelesetan ekonomi, barangkali. ya, inilah satu-satunya negara yang mampu bangkit dalam jangka masa singkat sejak menjunamnya ekonomi Asia tahun 1990-an dahulu. dan muncul menjadi 'gergasi' dalam banyak bidang hari ini.
bukan barangan kecantikan sahaja. rekaan barangan elektronik, perabot dan pelbagai lagi turut membuatkan saya terliur. kemas, dan cantik. tanpa meninggalkan aspek praktikal. nyata, mereka membuat kajian sebelum memulakan langkah menghasilkan sesuatu. mereka rela menghabiskan peruntukan untuk R&D supaya lebih mudah merencana perjalanan dan tidak berundur sebaik sahaja mengorak langkah.
inilah yang saya paling suka. teliti, kreatif dan berdaya saing. di tanah air, bila lagi ya? saya yakin, kita pun mampu..
24 Julai 2006
hati yang tenang
mungkin saya perlu menukar perkataan "bercuti rehat" kepada "berhibernasi". bukankah kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan? ;)
p/s:
buat amyz.. dan yang lain,
banjir itu bukan di sini..nun jauh di selatan. pihak berwajib di sini sangat cekap. apabila hujan berhenti saja, kita akan melihat lori-lori menyedut bah mengosongkan parit dan sungai yang melimpah. ya, hujan tidak berhenti-henti.. cuaca yang tidak menentu, usik adik-adik di sini, mungkin kerana terkejut dengan 'aura' kedatangan saya. dan seperti biasa: saya tidak bersalah.. *mata kelip-kelip*
13 Julai 2006
hangat yang suam.
seperti biasa, fesyen singkat di sana sini mula berleluasa. waima dalam hujan sekalipun. hairan juga.. maklumlah, hujan-hujan begini. boleh tahan juga sejuknya. membolehkan saya bergaya dengan jaket nipis yang dibeli minggu lepas.. :)
selebat hujan yang turun, selebat itu jugalah saya 'dihujani' soalan-soalan "tak panaskah??". dengan tenang saya menjawab "aniyo". kasihan. saya yang bertudung, mereka yang rimas dan bimbang. beruntunglah pada mana-mana rakan senegara yang merantau ke negara yang sudah biasa dengan rakyat asing. di sini, asal ternampak orang asing, anggapan pertama mereka: datang ke mari untuk bekerja. ada kalanya saya menggunakan nama Seoul Tae Hakgyu untuk 'mendiamkan' mereka. saya diberitahu, bukan mudah untuk mereka ke situ. kiranya hebatlah saya ini. datang ke mari untuk mengaji di tempat pujaan mereka itu. oh ya.. maaflah.. saya memang nakal sedikit. sesekali.. ;)
saya tidak sabar menunggu saat cuti bermula. lambat benar rasanya jarum jam itu berlalu.. tik tok.. tik tok..
11 Julai 2006
kualiti
"Rata-rata pekerja yang agak kanan di Rolls Royce di United Kingdom yang saya temui telah bekerja antara 20 dan 30 tahun. Malah saya pernah berjumpa seorang pesara bekerja dengan syarikat tersebut selama 40 tahun. Saya cuba menyelidiki apakah rahsia pengurusan syarikat menyebabkan pekerja mereka agak komited dengan pekerjaan masing-masing. Salah satunya adalah memperkenalkan sistem pengurusan yang tidak memandang kelebihan kepada jawatan ketua. Ketua hanya dilihat sebagai satu jawatan dalam pengurusan sahaja. Dari segi pendapatan, ia hanya bergantung kepada pengalaman dan mutu perkhidmatan yang mereka berikan kepada syarikat.
Golongan pekerja muda juga diberi peluang untuk menjadi ketua kepada kakitangan yang lebih kanan dalam sesuatu projek. Sebagai contoh, ketua bagi satu projek yang saya terlibat adalah seorang jurutera yang hanya berumur 27 tahun. Dia terpaksa menguruskan kakitangan yang lebih kanan sehingga ada yang mencapai 55 tahun dan juga melibatkan lima negara dari pelbagai agensi di Eropah. Persekitaran tersebut cukup mengagumkan saya apabila melihat kerjasama diberikan oleh kumpulan yang lebih kanan. Sekurang-kurangnya bebanan pengurusan bagi kakitangan yang lebih kanan dapat dikurangkan kerana mendapat bantuan daripada kumpulan lebih muda.
Untuk bersaing di peringkat global, kita perlu menggalakkan persaingan di peringkat nasional. Persaingan ini akan menyebabkan kita akan kekurangan kepakaran dalam sesebuah syarikat. Anak syarikat perlu diwujudkan sebagai perunding, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembekal dan kontraktor."
alangkah bahagianya kalau-kalau satu hari nanti saya boleh ketemu pemimpin muda yang boleh mengajar sesuatu yang baru dan besar maknanya kepada saya. orang muda yang bakal melapisi generasi masa kini pada masa akan datang. dan buat masa ini, alangkah bahagianya.. kalau-kalau mereka yang atasan saya satu ketika dahulu, sama-sama tahu dan sedar. malah, tidak takut dengan bayang-bayang sendiri.
doa saya, sepuluh, dua puluh tahun yang akan datang, saya masih lagi sedar.
10 Julai 2006
.: sayang disayang :.
oh ya. mereka memanggil saya 'patasseugi'. atau 'dictionary'. tempat dirujuk sekira ada Yongo yang tidak difahami. pernah saya ditanya: "do you read dictionary everyday?" wah, soalan apa ini.. juga selalu ditanya: adakah Yongo bahasa pertama di tanah air? "No. 3rd or so, may be." jujur saya menjawab. mengundang kehairanan ramai. apapun, saya benar-benar berterima kasih. kepada ibu bapa saya. yang sanggup berhabis untuk anak-anak. dengan gaji yang tidak seberapa itu, dibelikan set ensiklopedia Brittannica untuk kami. dibayarnya bulan-bulan. semata-mata supaya mahir Yongo.
bukan tidak sayangkan bahasa ibunda sendiri. bayangkan, sukarnya untuk memahami kuliah dan nota dengan penguasaan Yongo yang sedikit. istilah-istilah yang digunakan sangat kompleks dan asing. profesor Jerman kacak bergaya pula, contohnya, selalu saja membuat lucu di dalam kelas. ada masanya hanya saya yang ketawa. selalu juga, saya yang dipandang jika ada percakapan yang lain kurang difahami. mulalah tu, suruh terjemahkanlah tu...
saya sebenarnya menyokong subjek Sains dan Matematik diajar dalam Yongo di tanah air. latihan awal. kelak, tidaklah terpinga-pinga. sedangkan saya merasakan tempias, apatah lagi rakan-rakan lain. syukurlah, keputusan semuanya baik-baik. lebih manis lagi, mereka dapat meraikannya dengan pulang ke tanah air masing-masing.
tidak mengapalah. saya pun bakal bercuti juga. 2 minggu. bermula ahad ini. apa aktiviti cuti nanti ya? mmmmm.. ya, saya perlu belajar Hangeul lebih banyak lagi. hwaiting, hwaiting!
*Yongo: Bahasa Inggeris
05 Julai 2006
Malaysiaaeso hwasseumnida.
hari ini dalam perjalanan pulang, dua kali saya ditanyakan soalan yang sama. tadi, ketika membeli supak, ajumoni pun turut ingin tahu. selama ini hanya melihat saya berlalu pergi. cara pemakaian sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan kepada penduduk sekeliling. dan saya dapat menangkap pertanyaannya kerana perkataan 'nara'. bermaksud, negara. ya, sekali lagi dengan bangga saya memberitahu. Malaysia. tanah air tercinta.
hmm. seronok juga duduk di luar kampus. bak kata iklan astro: macam-macam ada... iklan dahulukala itulah, mana lagi.
nota kaki:
mereka ini suka berkata "aaaaahh.." dituturkan dalam irama dan lengguk lembut yang tersendiri. tanda 'ya'. cara inipun sedikit sebanyak telah TERamal oleh rata-rata adik-adik dari tanah air. membuat saya sering tersenyum simpul. suka mendengarkannya. mungkin sedikit masa lagi saya pun akan terikut sama. mungkin.. :)
04 Julai 2006
cepat, cepat!
cara pemanduan bas atau teksi? awal-awal dahulu, selalu saja darah saya tersirap. umpama belut mencelah di sela-sela rumput sungai. lajunya! kusss semangat! turun semua darah saya.. anehnya, kebarangkalian untuk berlaku kemalangan sangat rendah. tahap berjaga-jaga para pemandu di sini amat tinggi. fokus dan sentiasa bersedia.
saya juga mula belajar berjalan terhuyung-hayang melawan momentum bas dan subway tanpa perlu memegang palang. itu kemahiran yang penting. maklum sajalah, siapa yang lambat: pintu bas dan subway tidak menunggu! sekali tertutup, ya, perjalanan akan diteruskan. sila fokus pada destinasi yang ingin dituju. jangan jadi seperti saya. selalu saja tersalah turun. dahululah...
saya kan sudah menjadi sebahagian di sini. saya tidak mahu tertinggal. saya pun mahu bergegas-gegas juga!
29 Jun 2006
생활은 아름답다.
hari ini, kami semua akan ke luar Kota Seoul. Field trip yang wajib setiap kali semester berakhir. maka akan saya tinggalkan 'ruang vakum' saya ini buat beberapa hari. bagus juga ada aktiviti sebegini. sayapun sudah naik bosan dipaksa hadir setiap pagi. semata-mata untuk menandatangani jadual kehadiran. walaupun secara rasminya, kelas/semester telah tamat. macam budak-budak punya peraturan. hati saya selalu mengumam. orang dewasa, yang sedang mengaji sarjana dan PhD., tidak perlu dilayan sebegini. masing-masing ada cara sendiri untuk menguruskan waktu dan kajian. tidak perlu dikawal-kawal. 'rotan' yang diacah itu takkan menakutkan sesiapapun. malah akan memburukkan keadaan, adalah.
sempena field trip itu nanti, saya harap saya akan belajar lebih banyak perkara baru. mahu juga melihat dengan mata sendiri akan kehebatan tempat-tempat yang diwar-warkan itu. jumpa lagi. annyong haseyo!
27 Jun 2006
tak ada salahnya.
apalah salahnya berkongsi-kongsian. bertukar-tukar pendapat. berfikiran lapang. telus. tidak ada ruginya. pun!
hey guys, play beautiful! joga bonito![2]
p/s:
[1] bukan semua begitu. masih ada yang baik hati :)
[2] 'joga bonito' ialah slogan Nike yang dilaungkan Eric Cantona sempena World Cup 2006. ya, saya tahu ramai yang tahu ;)
26 Jun 2006
aduh..
ini gara-gara sambal sardin semalam. cilinya pedas amat, tetap saya nikmati penuh berselera. maklumlah, sedap.. aha, saya telah mula memasak! ;) hari ini, perut memberontak. meragam setelah lebih 3 bulan tidak diasak yang pedas-pedas.
di sini tiada bawang kecil. daun sup pun yang besar-besar saiznya. daun bawang dijual segenggam gergasi layaknya: umpama persediaan memasak untuk saudara-mara datang beraya persis ikan piranha, yang tidak meninggalkan sisa sedikitpun. *haha! nakal bukan, saya ini?* kicap? yang ada hanyalah kicap cair yang masin. sos cili jenama k*mball? sesekali adalah. itupun di rak barangan impot. alahai.. saya benar-benar rindukan tanah air. ramyonnya? wah, yang ini sungguh istimewa. saya suka benar! tapi saya tetap mahukan kicap... saya mahu makan ramyon goreng mamak...
saya harap, dia akan mengirimkan stok yang secukupnya untuk saya... bolehlah ya? *mata kelip-kelip*
23 Jun 2006
tamat I.
profesor Sweden menyenaraikan artikel saya antara 20 yang akan dipilih untuk diterbitkan. katanya, buku menghimpunkan artikel-artikel terpilih ini akan diterbitkan - jika melepasi mutu yang ditetapkan. wah, sangat seronok ini! bukan apa, ada sedikit rasa hampa kerana tidak terpilih dalam penerbitan jurnal akademik. maka, terpilih untuk projek ini kembali menyuburkan semangat saya untuk memperbaiki pincang yang ada pada artikel-idea-saat-akhir itu.
paling mengujakan, artikel itu akan menjadi penunjuk arah untuk kajian saya sepanjang di sini. sudah nampak hala tujunya. saya sudah dapat mengangkat sauh. dan mula belayar mengembara. ya, saya terlewat. tapi kelewatan ini memberi hasil awal yang manis.
nampaknya angin hendak pulang ke tanah air sudah berhenti bertiup. ada matlamat untuk dikejar. sambil cuti-cuti asia di sini.
kata Mohsen, rakan dari Iran itu: Life is Beautiful. InsyaAllah.
benar. InsyaAllah.
19 Jun 2006
mimpikah?
"i never expect a 1st semester student can write something like this. very good." Profesor. seusai pembentangan saya.
diam.
"waaaahh, my hands are trembling, sir..thank you very much. but i must say this is definitely not easy for me." saya. separuh menjerit. sudah tidak peduli dengan rakan-rakan yang lain. ah, dipuji di hadapan semua orang! yang hebat-hebat pula tu! saya yang masih mentah ini!
"i know." dia membalas. sambil tersenyum manis seorang Sweden.
syukurlah. profesor tahu semua anak didiknya bertungkus-lumus.
masih kelu lagi.
18 Jun 2006
mari!
ajoshi, kamsa hamdina! sebab tolong marah orang dari syarikat X yang lambat pasang internet. kalau tidak, saya tidak dapat meng-VoIP keluarga dan dia. untuk maklumkan semuanya di sini sudah selesai. baik-baik saja. alhamdulillah!
dan Min.. dik, komawoyo! tukang penterjemah dan sudi dibuli saya :D lepas sihom kita pergi bersukaria ya! mengubat lara memandang yang lain pulang bercuti ke tanah air. mari. mari kita takluk Korea!
16 Jun 2006
malam yang mengujakan.
uh? hip-hop? apa yang hip-hop? saya tertanya-tanya. lama, baru dapat menangkap. seluar jeans saya mencecah lantai.. er, ala-ala rappers. longgar sangat! menandakan inci-inci lemak di badan berkurangan, drastik sekali sejak di sini. bayangkan, seluar yang dipotong elok-elok labuhnya. sekarang seperti sengaja dibiarkan melondeh. kalau menyeluk kedua-dua belah poket seluar pun, tetap longgar. mahu berjalan pun payah. asyik menarik-narik kaki seluar.
bagai peringatan kepada diri yang semakin tidak berselera: jangan dibiar lama-lama. bahaya!
kerana itulah, tadi, Flavio sangat teruja melihatkan saya makan tidak berhenti-henti. manakan tidak, menu makanan laut. "this is the first time I saw you're enjoying your food!" usiknya.
kenyang sungguh. alhamdulillah.
p/s: untuk sampai ke restoran itu, Flavio menghantar Maria dan kemudian datang mengambil saya dan Lorena di Seoul Tae Ipgu-yok. adakah patut disuruhnya saya duduk di tengah-tengah.. diapit dia dan Lorena atas motosikal besarnya ala-ala Harley Davidson itu! katanya, saya kurus. maka naik bertiga umpama naik berdua. tak dapat dibayangkan! di tengah-tengah kesesakan lalu-lintas kota Seoul! menderu laju, badan terhenjut-henjut menahan tawa sambil berdoa: pak polisi takkan mengejar dari belakang!
13 Jun 2006
pagi yang sangat lapang
dia rakyat Russia. berketurunan sini. masih muda. dan dia calon PhD. saya ini dikira umur biasa menyambung peringkat sarjana. bezanya, saya berpengalaman kerja melebihi 5 tahun. saya tidak berapa mampu bersaing dengan 'darah-darah muda' ini. maka pengalaman itulah banyak membantu. rakan sebilik saya sendiri masih muda. pun mengaji sarjana. 2 rakan serumah lain sedang menyambung PhD. masih muda. awal 30-an.
ini sangat jarang di tanah air. sangat sedikit menyambung pelajaran lepas ijazah pertama. kalau sangat berpeluang pun, yang terlibat dalam bidang pendidikan. saya sendiri mahu memegang duit gaji sehabis belajar. tidak sabar untuk membalas pengorbanan orang tua saya. tetapi di sini, mereka bukan ditanggung pinjaman/biasiswa kerajaan. semua atas biaya sendiri. semangat itu sangat penting. getus hati saya.
saya? kalau tidak dibiayai biasiswa kerajaan sini, takkan mampu ke mari. mungkin hanya tinggal impian. ikutkan, saya dikira terlewat. tapi saya tetap bersyukur.
늦은 것이 안하는 갓 보다 낫다 (nej-en geot-i anhaneun geot poda nat-ta).
12 Jun 2006
hari ini hari isnin.
saya mengagumi semangat juang semua penuntut di sini. macam-macam cabang ilmu yang ada. yang saya tak terfikirkan. yang mungkin ramai orang kita tidak terfikirkan juga. mungkin, kata saya. mata saya sangat terbuka di sini. membuat saya bersyukur, peluang ini diberikanNya kepada saya. walaupun asalnya dipaksarela. paksa. tapi saya suka ahahaha ;)
setelah tamat nanti, mampukah saya membawa pulang budaya kuat bekerja dan belajar sepanjang hayat ini? kerana sejarah membuktikan, 'gila kerja' itu membuatkan saya dilayan bagai kain lap: membersihkan kotoran yang ada. kemudian, habis manis sepah dibuang. saya manusia biasa. saya terluka.
oh ya. semua perabot yang saya pesan dari internet telah sampai. perabot-perabot terpakai yang masih elok pun saya beli, dan telahpun dihantar ke rumah. bilik, sebenarnya. cumanya saya perlu menyamak peti ais dan dapur. ah, tak sabar rasanya untuk tinggal di situ sepenuhnya!
08 Jun 2006
layu
rakan-rakan seperjuangan pun semuanya sudah letih-letih. tidak sabar menunggu semester berakhir. mungkin tak sabar untuk keluar dari tempat ini. rasa dalam penjara, bagai. musim bunga yang indah berlalu sia-sia. sedikitpun tidak sempat untuk dinikmati. kesal sungguh.
dan saya, dalam sakitnya kepala memikirkan tugasan akhir ini, masih sempat untuk menaip di sini. sambil berkira-kira, sesudah selesai yang ini, perlu siapkan tesis 'kecil' bagi subjek lain pula. dan ada pop kuiz minggu hadapannya. berselang dengan final subjek profesor Jerman kacak bergaya. dituruti dengan final TechnoEconomics pula. *sigh*
saya harap, kami semua di sini tidak layu sebelum berkembang...
06 Jun 2006
pindah
pagi ini. sempena cuti memperingati pahlawan negara. yang terkorban pada zaman penjajahan jepun dan perang saudara lantas memisahkan negara ini kepada timur dan barat. tidak, saya tidak perlu memperingati hal itu. tak kuasa. saya hanya memperingati hari ini saya mahu berkemas mana yang patut dan mulakan hidup baru. di rumah baru.
saya masih kelu. syukur benar. ya, ruang sendiri. 'rumah' sendiri.
ah, gembiranya! :D
02 Jun 2006
bujang
janganlah diberatkan perkara yang tidak mampu. setiap manusia itu ada kesanggupan masing-masing. eloklah kita menyelami. dengan hati yang empati. jangan ditabur fitnah. semata-mata status 'SINGLE' yang tertancap di dahi.
dan jika takdirNya tidak menemukan saya dengan dia, saya pun masih begitu.. masih taksub dengan dunia sendiri. malah tidak teringat langsung. tiba-tiba, tup! dia muncul. membuka hati saya. selebihnya, sejarah.
berkahwin atau tidak. bahagia itu kita yang cari. dan diberiNya. terpulanglah, bagaimana. kalau masih bujang trang tang tang, apalah salahnya. asal bahagia. hati gembira..la la la..
31 Mei 2006
bukan begitu sebenarnya.
saya dulu. seusai mengisi borang, perlu menunggu. itupun dek dipaksa Abah. kemudian ditemuduga. bayangkan, saya ditanya perkembangan sedari zaman kanak-kanak hingga yang terkini ketika itu: GPRS. kebas duduk lama-lama disoal itu ini. calon lain ada yang tidak sampai 10 minit, saya 45 minit. ada yang tidak risau langsung. "ada kabel." kata yang lain.
kata saya: rezeki itu Yang Maha Kuasa tentukan. jangan takut. pembahagianNya adil.
bohong kalau saya tidak pernah bersoaljawab dengan diri sendiri: mengapa berkorban segalanya. but, i didn't chose the job. it has chosen me. ini cinta pertama saya. betul saya ada juga rasa kecewa. kerana melihatkan rata-rata yang ada, memang sebagaimana yang digambarkan. "orang gomen..." itu sudah biasa terdengar.
saya pun ada pendapat sendiri. bukan semua yang bekerja luar kerajaan itu sempurna. saya telah melihat banyak contoh, pun. mudahnya orang kita mencemuh. tapi tak mahu menyingkap isi yang lebih dalam..
bukan semua begitu. jangan dinilai pada yang busuk. jangan dilemahkan semangat yang berkobar-kobar. masih ada yang berbeza. walau sedikit. bukan mudah menjadi yang sedikit. silap langkah, kita ter'osmosis' bersama-sama yang tipikal. yang sedikit ini, cabarannya bukan kepalang. saya sendiri dilemparkan kata-kata yang tidak mungkin ramai yang sanggup mendengar. bisa. luluh menghiris corong telinga. dan kepadaNya saya berserah.
saya masih bertahan. kerana saya percaya. sinar tetap ada. walau dalam kelam awan mendung mana sekalipun.
30 Mei 2006
dari jauh kita datang..
alangkah panasnya hati saya. bertubi soalan saya kepadanya. menuntut penjelasan yang lebih. "you are rude. VERY rude" antara teguran saya. kerana penguasaan bahasa saya agak tinggi, saya tahu menggunakan kata-kata mudah dan sopan. tapi menyengat. yang nyata, dia tahu saya sangat pissed off.
perbualan itu berakhir. dengan baik. saya pun sudah tidak kuasa hendak marah-marah. sudah penat. lebih-lebih lagi di sini. dan saya mahu dia berjanji, hormati agama saya. kerana saya hormati agama dia. dan agama lain juga.
friendship should be pure, based on honesty and mutual respect. by not forgetting we came from different side of the world, we have different culture and language. the gap is there, but we'll harmonize everything despite of this complicated situation. uncertainties has changed many people. it's hard to stay put and firm on our feet. but we'll survive. at least, we learn to.
28 Mei 2006
masih.
"ladies and gentlemen, may i have your attention, pls. we have now landed at Incheon International Airport..bla bla.."
saya sudah tidak mendengar apa-apa. mata asyik memandang ke luar. saya sudah sampai! beriringan dengan jejaka yang tadinya duduk di sebelah, kami memasuki ruang pendaftaran. dan bagasi. baik hati sungguh dia. membantu sekadar yang boleh. mungkin kerana saya ini orang asing, pertama kali di sini. sebenarnya, pertama kali di negara orang. mungkin kerana dia tertarik mendengarkan saya ini bakal menjadi warga institusi yang menjadi idaman dan pujaan mereka. saya tidak tahu. saya benar-benar berterima kasih padanya.
yang menyambut, memegang papan tanda tertulis nama saya. Lorena tiba sejam kemudian. kami bertolak ke destinasi. destinasi yang menjadi taruhan 2 tahun akan datang.
suhu sejuk menyambut ketibaan. "winter is jealous of spring. they don't want to let go." kata mereka. mata saya tidak berkelip menikmati 'dunia' baru ini. rusa masuk kampung. saya mengusik diri sendiri.
3 bulan kemudiannya. sekarang.
semuanya masih sukar. cuaca yang tidak menentu. peraturan diubah-ubah: sesuka hati. inikan negara mereka. masa yang suntuk. jadual menyesakkan nafas. selera yang makin berkurangan. berat semakin menyusut. tetapi saya makin membiasakan diri. bezanya, dengan umur yang semakin meningkat. saya sudah tidak secergas dulu. tidak pantas 'menyerap' ilmu. bergelut. mencari dan terus mencari.
tidak mengapa. saya masih ada 21 bulan lagi.
27 Mei 2006
hujan rintik-rintik..
lagu kegemaran saya! asal dengar saja, rasa 'jiwa-jiwa' sedikit (baca: banyak sebenarnya) ;)
"how come you are so sure he IS the one?" Haiping. dari China dia datang.
"you know..i don't think you'll get married..you know..with him..well..it's two-year waiting..you know.." Lorena yang dari Chile. pekat dengan loghat latinnya.
"i'm sure he is a very-very-very rich man and very-very-very handsome.." Hoan pula. *wawawaah. teori apa ini? getus hati saya*
"well, ask him to come here! my wife's coming, too." Flavio. dari Brazil.
"you can find one here. we are SINGLE here. right?" ujar Long. rakan senegara Hoan.
senyum. hanya itu yang mampu. benar, kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi. kita bukan Nostradamus. yang entah betul entah tidak. di tanah air dulu, keputusan saya menyahut cabaran menimba ilmu ke sini turut mengundang banyak tanda tanya rakan-rakan lain juga.
"dia cari lain esok baru tahu!" rakan 1.
"hai..confidentkah, maklumlah, jauh-jauh?" rakan 2.
"good luck sajalah pada si dia tu." rakan 3.
yang lain: "wah, seronoknya berjalan negara orang!!"
bersamamu kurasakan cinta..bersamamu kumerasa rindu..bersamamu ku bisa jatuh hati..bersamamu kurasakan sesuatu..yang tak pernah kurasakan sebelumnya..
"jodoh ini, aturan Yang Maha Kuasa. kita dah buat yang termampu. lainnya, kita berserahlah..bukankah hidup ini harus selalu berusaha dan berserah kepadaNya.." Mak.
terima kasih mak.
ini hanya teriakan perasaanku..tentang perasaanku kepada dirimu..yang semakin hari semakin menjadi jadi..hatiku sudah memilih kamu menjadi separuh nafasku dan separuh jiwaku kamu menjadi bagian hidupku..
25 Mei 2006
situ dia rupanya..
hati saya menyumpah seranah sekembalinya dari kelas. kelas oleh profesor Jerman kacak bergaya. opsss, saya masih perlukan sedikit hiburan, bukan? cadangnya mahu menghabiskan tugasan yang perlu dihantar hujung minggu. alangkah hairannya! saya gagal membuka pintu berkunci digital itu. ditekan-tekan nombornya, masih belum boleh dibuka. bateri kong rupanya!
hampir 3 jam saya menunggu rakan serumah pulang. hati makin bengkak, otak sudah masak barangkali dengan tingginya suhu amarah saya. lantas saya berkeputusan untuk menjenguk bilik rakan. sementara menunggu pejabat penyelia pelajar dibuka jam 1900. dan hampa benar saya, mereka yang dilantik untuk menyelia ini sedikitpun tidak memahami bahasa mat salih paling mudah sekalipun. saya disuruh ke bangunan lain untuk mengambil master key dari pihak berkenaan. bagaimana ini? saya bukannya pandai berbahasa hangul! mulayo!
badan makin hangit, digagahkan juga mencari tempat dimaksudkan. sambil mencongak-congak bahasa isyarat apa yang boleh saya gunakan nanti. dari jauh, saya sudah mula terdiam. eh, pakcik itu! seri pagi saya!
dia menolong saya membuka pintu -ya, secara manual *sigh*- sambil mencuba sedaya upaya membuatkan saya faham percakapannya. saya hanya mampu ketawa dan mengangguk seolah-olah faham. dia menyuruh saya masuk seolah-olah saya ini anak perempuan kecilnya. patuh, saya mengucapkan kamsa hamnida. dan annyong haseyo.
malam itu, sebelum tidur. hati berlagu riang. irama lagu 'pok pok bujang lapuk' sayup kedengaran. lalalalalalalalaallala! lalalalalalalalaallala..
24 Mei 2006
anak semua bangsa.
beberapa hari yang lepas. bersungguh-sungguh saya ketawa dan menikmati hari minggu. menjamu mata, telinga. perut sudah pasti :) buat sejenak, saya lupa pada kerisauan saya. buat sejenak, saya merasakan saya di tanah air sendiri. buat sejenak, saya fikir saya muda kembali. ya, si manis 19, kata orang.
saya memandang adik-adik yang sedang berjuang di bumi asing ini sebagai rebung. masih boleh dilentur. tinggi semangatnya setiap yang ada: terpancar jelas pada wajah-wajah yang masih naif. dan bersih. hati saya berkata-kata, wajah inilah yang melapisi generasi anak bangsa nanti. wajah inilah yang akan tergalas pada bahu mereka, cita-cita dan impian. besar benar harapan saya, moga jalan mereka itu sampai ke tujuannya. hati sentiasa tetap, dengan pendirian yang betul.
serta bangun. mencorak masa depan yang lebih membahagiakan.
20 Mei 2006
asam garam yang pelbagai
bukan mudah bercampurgaul dengan pelbagai bangsa, pelbagai negara. ingatkan di tanahair sudah berbilang kaum percampurannya, maka di sini pun agaknya tiada masalah besar. salah perkiraan: makin besar cubaan. lain yang disampaikan, lain yang ditafsirkan. sampai, saya lebih memilih untuk diam, hanya tersenyum. dalam hati, mencongak-congak kata yang sesuai. tapi tak tersuarakan. senyum lagi.
asam garam yang pelbagai ini, harapnya akan lebih mematangkan saya. saya melihat diri saya dari penjuru yang lain sekarang. mengajar saya memandang ke belakang tanpa kesal. terus, memandang ke hadapan dengan harapan.
18 Mei 2006
seri pagi
kebelakangan ini, saya malas. mula bergerak ke yangusil pun setelah jam 0700. entah kenapa. semangat pun semakin merudum. namun pagi ini, tiba-tiba saya teringatkan dia dan rindukan senyuman ayahnya itu. saya keluar jam 0630. saya hampa. dia tiada di situ.
hilang seri pagi saya..
17 Mei 2006
sudah boleh baca hangul..
cuma saya masih belum mengerti. nantilah. saya masih merangkak lagi. nanti.
16 Mei 2006
ada apa dalam periuk?
ada apa dalam 'periuk' hati saya? ada 'rendang'. 'ayam masak merah'. 'soto suhun' mungkin. terbaru, ada 'kimchi' bagai. :)
p/s: saya sukakan nama 'tudungperiuk'. kepingin sekali untuk menamakan blog saya ini dengan nama sebegitu. ah, saya terlewat..nama itu sudah dipunyai. benar, saya selalu saja lewat. lewat serba-serbi. *sigh*